Ahli PR1MALAYSIA

Dana Pembiayaan Kerajaan


Modal Usahawan 1 Malaysia Dana Mikro Enterprise (Bank Negara Malaysia) (MUS1M MEF)

Menyediakan kemudahan kredit kepada Usahawan Mikro untuk menjalankan aktiviti ekonomi yang melibatkan sektor pertanian dan asas tani yang meliputi kesemua peringkat aktiviti iaitu pengeluaran, pemprosesan, perkhidmatan, pemasaran dan keperluan kepenggunaan dibawah dana yang disalurkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Syarat-Syarat Pinjaman
·         Warganegara Malaysia berumur 21 – 60 tahun pada tarikh permohonan
·         Merupakan usahawan mikro sepenuh masa/separuh masa
·         Telah menjalankan projek/perniagaan melebihi 1 tahun
·         Mempunyai kelulusan dari pihak berkuasa seperti lessen/permit/perjanjian sewa tanah/tapak dan lain-lain

Had Pinjaman
Sehingga RM50,000

Tempoh Bayaran Balik
Sehingga 60 bulan

Syarat Jaminan

Diperlukan bagi:
·         Pemohon baru/kurang 12 bulan berurusan dengan Agrobank
·         Pinjaman melebihi RM20,000

Dokumen Yang Diperlukan
·         Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
·         Salinan daftar perniagaan/lesen berniaga
·         Salinan sewa permis/tanah
·         Bil utiliti untuk 3 bulan
·         Gambar ukuran passport
·         Slip Gaji 3 bulan
·         Penyata simpanan Bank/pelaburan

Kadar Faedah
14% Setahun [Jadual Bayaran Balik]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan