Ahli PR1MALAYSIA

Sejarah Pertanian



Sejak permulaannya kira-kira 10,000 tahun yang lalu, pertanian telah berkembang pesat daripada segi keluasan dan hasilnya. Pada sepanjang tempoh perluasan itu, teknologi dan tanaman baharu disepadukan. Walaupun amalan pertanian seperti pengairanpenggiliran tanamanbaja, dan racun perosak sudah lama diperkenalkan, namun pencapaian kemajuan yang besar hanya berlaku pada abad yang lalu. Sejarah pertanian memainkan peranan yang utama dalam sejarah manusia kerana kemajuan pertanian merupakan salah satu faktor yang penting dalam perubahan sosioekonomi di seluruh dunia. Tumpuan kekayaan dan pengkhususan ketenteraan yang jarang ditemui dalam budaya pemburu-pemungut umumnya dilihat dalam masyarakat yang mengamalkan pertanian. Demikian juga halnya dengan seni seperti kesusasteraan epik dan seni bina tersergam dan bersejarah, serta juga sistem undang-undang terkanun. Apabila petani mampu menghasilkan makanan yang melebihi keperluan keluarga masing-masing, orang lain di dalam masyarakat mereka dibebaskan untuk mengabdikan hidup mereka dalam projek bukan pemerolehan makanan. Ahli sejarah dan ahli antropologi telah lama berpendapat bahawa pembangunan pertanian memungkinkan peradaban

Zaman Pertengahan
Semasa Zaman Pertengahan, para petani di Afrika UtaraTimur Dekat, dan Eropah mula memanfaatkan teknologi pertanian, termasuklah sistem pengairan berdasarkan prinsip hidraulik dan hidrostatik, serta juga mesin noria (kincir air), mesin penaik air, empangan, dan takungan. Kesemua itu, bersama-sama dengan rekaan penggiliran tanaman sistem tiga petak dan bajak sepak, mempertingkat kecekapan pertanian dengan ketara.

Zaman Moden : Revolusi Pertanian British dan Revolusi Hijau

Selepas 1492, suatu pertukaran sejagat terhadap tanaman tempatan dan baka ternakan berlaku. Tanaman utama yang terlibat dalam pertukaran itu termasuk:


§  tomatojagungubi kentangubi kayukoko, dan tembakau dari Dunia Baharu ke Dunia Lama; dan
§  pelbagai jenis gandumrempahkopi, dan tebu dari Dunia Lama ke Dunia Baharu.


Pengeksportan haiwan yang paling penting dari Dunia Lama ke Dunia Baharu ialah kuda dan anjing (anjing sudah wujud di benua Amerika pra-Columbus tetapi tidaklah dalam bilangan dan baka yang sesuai untuk mengerjakan ladang). Walaupun biasanya tidak digunakan sebagai haiwan makanan, kuda (termasuk keldai dan kuda padi) dan anjing pantasnya memainkan peranan pengeluaran di ladang hemisfera Barat.


Ubi kentang kemudian menjadi satu tanaman ruji yang penting di Eropah utara. Sejak jagung dan ubi kayu dibawa masuk ke Afrika oleh orangPortugis pada abad ke-16, kedua-dua tanaman itu telah menggantikan tanaman Afrika yang tradisional sebagai tanaman ruji benua yang paling penting.


Menjelang awal 1800-an, teknik dan alat pertanian, simpanan biji benih, dan kultivar (tumbuhan tanaman yang dipilih dan diberikan nama tersendiri kerana ciri hiasan atau kebergunaannya) telah diperbaik sehingga hasil daripada setiap unit tanah bertambah berkali-kali, berbanding dengan daya pengeluarannya pada Zaman Pertengahan. Dengan kebangkitan penjenteraan yang pesat pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20, khususnya dalam penggunaan traktor, kerja perladangan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan pada skala yang mustahil sebelumnya. Kemajuan ini telah menyebabkan kecekapan yang membolehkan sesetengah ladang moden di Amerika SyarikatArgentinaIsrael, dan Jerman, serta sebilangan negara yang lain untuk mempertingkat daya pengeluaran hasil bermutu tinggi pada takat tertinggi yang praktikal.

Kaedah Haber-Bosch untuk mensintesis ammonium nitrat merupakan suatu pencapaian yang cemerlang dan membenarkan hasil tanaman untuk mengatasi kekangan yang dahulu. Pertanian pada abad yang lalu telah dicirikan oleh daya pengeluaran tertingkat, penggantian buruh dengan baja tiruan dan racun perosak, pencemaran air, serta subsidi ladang. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat tindak balas yang hebat terhadap kesan persekitaran luaran bagi pertanian konvensional yang telah melahirkan gerakan organik.

Tiga jenis bijirin, iaitu berasjagung, dan gandum, membekalkan 60% daripada jumlah makanan manusia. Antara 1700 hingga 1980, "keluasan kawasan tanaman di seluruh dunia naik sebanyak 466%", dengan hasilnya bertambah dengan pesat, terutamanya kerana kelainan pembiakbakaan pilihan yang berhasil tinggi, baja, racun perosak, pengairan, dan jentera. Sebagai contoh, pengairan di Colorado timur meningkatkan hasil jagungnya sebanyak 400% hingga 500% dari 1940 hingga 1997.


Bagaimanapun, kebimbangan telah diutarakan tentang kebolehkekalan pertanian intensif. Pertanian intensif telah dikaitkan dengan kemerosotan mutu tanah di India dan Asia, dan terdapat rasa bimbang yang semakin meningkat tentang kesan buruk baja dan racun perosak pada alam sekitar, khususnya kerana jumlah penduduk serta permintaan makanan kian bertambah. Monokultur yang biasanya digunakan dalam pertanian intensif mengakibatkan pertambahan bilangan perosak yang dikawal menerusi racun perosak. Pengurusan perosak sepadu (IPM), yang "digalakkan selama berdekad-dekad dan telah mencapai setakat kejayaan" tidak banyak mempengaruhi penggunaan racun perosak kerana dasar menggalakkan penggunaannya, selain daripada fakta bahawa IPM sungguh berpengetahuan-intensif. Walaupun "Revolusi Hijau" meningkatkan hasil padi dengan ketara di Asia, tidak terdapatnya sebarang kenaikan hasil yang dilihat pada 15-20 tahun yang lalu. "Potensi hasil" genetik untuk gandum telah meningkat tetapi potensi hasil untuk padi tidak menunjukkan sebarang kenaikan sejak 1966, dengan potensi hasil untuk jagung "hampir tidak naik pada sepanjang tempoh 35 tahun yang lalu". Rumpai yang tahan racun perosak mengambil masa satu atau dua dekad untuk muncul, dengan seranggamencapai ketahanan terhadap racun perosak dalam tempoh sekitar sedekad.


Ekspedisi pemeriksaan teliti pertanian sejak akhir abad ke-19 telah dilancarkan untuk menemukan spesies dan amalan pertanian yang baharu di merata-rata kawasan di dunia. Dua contoh ekspedisi tersebut yang awal termasuk:

§  lawatan ke China dan Jepun antara 1916 - 1918 untuk memungut kekeras;  dan
§  Ekspedisi Pemeriksaan Teliti Pertanian Oriental Dorsett-Morse ke China, Jepun, dan Korea antara 1929 - 1931 untuk memungut germplasmakacang soya bagi menyokong peningkatan pertaniannya di Amerika Syarikat.


Pada 2005keluaran pertanian China adalah tertinggi di dunia dan terdiri daripada hampir satu perenam daripada seluruh keluaran di dunia, diikuti olehKesatuan EropahIndia, dan Amerika Syarikat, menurut Kumpulan Wang AntarabangsaAhli ekonomi mendapati bahawa daya pengeluaran di Amerika Syarikat adalah lebih kurang 2.6 kali lebih tinggi daripada daya pengeluarannya pada 1948, berdasarkan ukuran daya pengeluaran faktor keseluruhanpertanian. 


Enam buah negara negara (Amerika Syarikat, KanadaPerancisAustraliaArgentina, dan Thailand) membekalkan 90% daripada eksport gandum di seluruh dunia. Kekurangan air yang dihadapi oleh banyak negara yang sederhana besarnya, termasuk AlgeriaIranMesir, dan Mexico,  telah mendorong import bijian secara besar-besaran, dengan itu mungkin akan dilakukan juga oleh negara yang lebih besar seperti China dan India.

Masalah Alam Sekitar

Pertanian boleh mengakibatkan masalah alam sekitar kerana ia mengubah persekitaran asal dan mengeluarkan produk sampingan yang boleh membahayakan. Contohnya termasuk:

§  Perubahan pelbagai ekosistem menjadi satu ekosistem tanah pertanian;
§  Kehilangan biokepelbagaian: Penggunaan sebilangan spesies dalam tanaman mengakibatkan pengurangan biojisim yang besar serta juga kehilangan haiwan feralburung, dan sebagainya;
§  Pengurangan mineral di dalam tanah;
§  Aras nitrogen dan fosforus yang tinggi di dalam sungai dan tasik;
§  Bahaya racun seranggarumpai, dan kulat;
§  Pengeluaran habuk dan gas seperti ammoniametana, dan karbon dioksida daripada pembakaran dan pembuangan; dan
§  Pengeluaran udara yang busuk dari bahan buangan pertanian.

Pertanian telah dikatakan merupakan penjana kesan negatif yang terbesar terhadap biokepelbagaian di kebanyakkan negara (lihat Rancangan Tindakan Biopelbagaian) yang terjadi kerana penerokaan hutan dan habitat yang lain apabila tanah baharu dimajukan untuk pertanian. Sesetengah pengkritik memasukkan pertanian sebagai punca perubahan iklim global terkini.

Mengikut Pertubuhan Bangsa Bersatu, sektor penternakan (terutamanya lembuayam, dan babi) muncul sebagai sebab utama kepada kesan dan masalah alam sekitar, dari skala tempatan hingga ke skala global. Sektor ini menghasilkan 18% daripada "pembebasan gas rumah hijau di seluruh dunia" daripada segi kandungan karbon dioksida. Sektor penternakan juga menyumbangkan 64% daripada penjanaan ammonia yang mengakibatkan hujan asid dan keasidan ekosistem.

Dasar Pertanian

Dasar pertanian menumpukan "matlamat" dan kaedah pengeluaran pertanian. Pada peringkat dasar, maklamat pertanian yang umum termasuk:
§  Mutu makanan: Memastikan bekalan makanan agar memelihara mutu yang tekal dan diketahui.
§  Keselamatan makanan: Memastikan bekalan makanan bebas daripada kontaminasi dan memenuhi keperluan penduduk; dan
§  Pengurangan kemiskinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan