Ahli PR1MALAYSIA

Dari Meja Pengasas Komuniti Usahawan


Dari Meja Pengasas… Komuniti Usahawan Pertanian & Penternakn Organik.

Salam 1 Malaysia dan Selamat Sejahtera.

Komuniti Usahawan Penternakan Dan Pertanian Organik diwujudkan adalah bertujuan untuk mewujudkan komuniti usahawan pertanian yang mampu menghasilkan pertanian dan penternakan organic sebagai satu wadah perjuangan untuk memastikan pemakanan sihat dapat dijana untuk kesihatan manusia. Disamping itu, iannya juga akan dapat menghasilkan punca pendapatan atau sampingan secara berperingkat.

Untuk makluman usahawan, bahawa Pertubuhan Peserta Pertanian Sepakat Tiga Negeri Johor dalam usaha menggerakkan program dan agenda pertubuhan. Pihak pertubuhan telah memohon sebidang tanah kerajaan di Tanah Abang (Nitar), Mukim Mersing, Johor seluas 850 ekar (344hektar) untuk dibangunkan sebagai sebuah Ladang Nukleus bagi Pertanian dan Penternakan Organik. Projek Ladang Nukleus dibangunkan bertujuan mengeluarkan intergrasi tanaman yang berdayamaju, berdayasaing dan berdayatahan dan ternakan haiwan yang menggunakan kaedah organik serta berkualiti secara intensif.

Kawasan yang dikenalpasti ini akan dibahagi-bahagikan kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk mengikuti program pertanian dan penternakan organik yang diuruskendalikan oleh pihak pertubuhan. Tanah seluas 2 hektar (4.9ekar) akan diberikan kepada usahawan-usahawan untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan organik. Pemberian tanah ini akan dibuat melalui cara Konsep Pemilikan Tanah Bersama seperti mana yang terkandung di dalam Seksyen 40 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), dan seperti petikan berikut;

PENGWJUDAN PEMILIKAN BERSAMA.
Terdapat beberapa keadaan yang boleh mengwujudkan pemilikan bersama, antaranya ialah;

Pertama          -           Apabila Pihak Berkuasa Negeri (PBN) meluluskan pemberimilikan
tanah kepada dua orang atau lebih.

Kedua              -           Biasanya berlaku akibat daripada uruniaga (Jual-Beli) tanah
terutamanya pindah milik tanah kepada pembeli yang ramai.

Ketiga              -           Melalui transmisi harta akibat daripada kematian pemilik tanah dan
harta simati diturunkan kepada pewaris-pewaris yang ramai.

KESAN-KESAN PEMILIKAN BERSAMA  (S.343)
Kesan-kesan ISTIMEWA Pemilikan Bersama ialah;

Pertama          -           Setiap syer yang dipegang oleh pemilik hendaklah dianggap sama
kecuali dinyatakan pembahagian syernya.

Kedua              -           Pemilik Bersama dibenarkan membuat proses pechah bahagi tanah di
bawah Kanun Tanah Negara (KTN)

Ketiga              -           Jika berlaku kematian, syer tanah dimana pemilik tanah itu berhak
akan dibahagikan mengikut kaedah transmisi harta yang berkesesuaian.

Keepmat          -           Pihak Pentadbir Tanah adalah penjaga kepada hakmilik tanah jika
berlaku pertelingkahan sesama pemilik.

Selaras dengan petikan seperti di atas, maka pertubuhan ini bersetuju pada dasarnya untuk mengagih-agihkan kawasan tersebut selua 2 hektar (4.9ekar) dengan bayaran seperti berikut;

1.      Yuran Pendaftaran Ahli           : RM    200.00
2.      Yuran Pengurusan                   : RM    500.00
3.      Surat Perjanjian PB                 : RM    300.00
4.      Premium Tanah                      : RM 1,600.00 (800.00/hektar)
JUMLAH                                  : RM 2,600.00
5.      Kos Pembangunan Tanah        : Bergantung kepada projek.
Kos pembangunan tanah adalah seperti berikut;
-          Kos Pecah Sempadan                       - RM     300.00
-          Kos Pembersihan Kawasan              - RM 3,000.00
-          Kos Jalan & Peparitan                     - RM 1,000.00
-          Kos Plau & Batas                             - RM 2,000.00
-          Kos Benih & Penanaman                 - RM Bergantung kepada jenis projek
-          Kos Baja                                           - RM Bergantung kepada jenis projek
-          Kos Buruh                                         - RM Bergantung kepada keadaan semasa
-          Kos Luar Jangka                              - RM Bergantung kepada kos keseluruhan
JUMLAH KESELURUHAN               - RM 15,000.00 (Andaian sahaja.)

Senario sebagaimana di atas diambilkira bagi penyediaan tanah untuk sesuatu projek yang perlu dilaksanakan. Sekiranya anda mampu menyediakan dana secukupnya, ianya tidak merugikan anda. Pihak anda juga boleh memilih salah satu cadangan berikut;

1.       Peringkat Pertama- Pelabur (Investor)
Pelabur akan mengeluarkan separuh modal keperluan dan pertubuhan sebagai pengusaha mengeluarkan separuh lagi untuk penyediaan tapak bagi mengusahakan pertanian/ternakan/akuakultur untung mencapai keuntungan sebagai cara menambahkan modal.

2.       Peringkat Kedua- Usahasama (Joint Venture)
Selepas beberapa musim tanaman/ternakan, modal akan terkumpul yang akan diguna sebagai modal perkongsian Joint Venture membuka tanah atas nama rakan kongsi pelabur. Pembahagian keuntungan adalah mengikut peratus yang akan dipersetujui bersama.

3.       Usaha Sendiri.
Selepas peringkat satu dan dua, pelabur dianggap sudah mampu untuk mengusahakan sendiri kebun masing2 dan menetapkan halatuju keuntungan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan