Pertanian Organik
Pertanian organik ditakrifkan
sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan
meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian,
termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Ia
menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input
luar ladang, dengan mengambil kira keadaan wilayah yang memerlukan penggunaan
sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh,
agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan
bahan sintetik, untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem.
Melalui
kaedah holistik semula jadi, pertanian organik menyatukan kepelbagaian bio
liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah, dan membawa pertanian
satu langkah ke hadapan dengan menghapuskan penggunaan baja kimia, racun
makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO),
yang bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia, tetapi juga flora dan fauna yang
berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan
struktur tanah, memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan
kepelbagaian bio.
Prinsip Untuk Pertanian Organik
Persekutuan
Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM) telah menyatakan beberapa prinsip yang patut ada bagi
sebuah pertanian organik:
§ penghasilan makanan, serat dan produk-produk lain yang
berkualiti serta mencukupi
§ kerja yang serasi dengan kitaran semulajadi dan sistem
hidup melalui tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam satu sistem penghasilan
§ mengenali kesan sosial dan ekologi yang luas dalam
penghasilan organik dan sistem penghasilan
Pencemaran
Pencemaran
pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak
daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh
dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat
pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai ledakan alga, membunuh tasik, sungai
dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh
melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar
akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada
bahagian paling atas sering mengambil dos toksik.
Pertanian
organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang
merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Untuk bahan organik apa yang
diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana
untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos.
Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah
boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan
industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta
semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia
juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar
bandar.
Kerajaan
membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila
menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. ‘Mencegah lebih
baik dari mengubati’ dan dasar kerajaan terhadap pertanian perlu disesuaikan
untuk menggalakkan serta melindungi pertanian organik. Eco
agriculture in Malaysia.
Rujukan
§ (Inggeris) Lockeretz,
W. (2007). Organic Farming: An International History. United Kingdom: CABI
International.
1.
↑ (Inggeris) Lockeretz,
W. (2007). What Explains the Rise of Organic Farming. Chapter 1 in Organic
Farming: International History. United Kingdom: CABI International.
2.
↑ (FAO/WHO
Codex Alimentarius Commission).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan